JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melebihi 593,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 10,000 kes dalam tempoh 48 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi mencecah 139,000 kes.


Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 10,000 kes dalam tempoh 48 jam.
Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 76,000 dan 45,000 kematian akibat COVID-19.

Mexico, Itali dan Perancis masing-masing merekodkan angka kematian 37,000, 35,000 dan 30,000 kes.

Sepanyol dan India pula merekodkan 28,000 dan 25,000 kes maut COVID-19.

Iran merekodkan kematian lebih 13,000 kes, manakala negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000 kes.