awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja pecahkan Rekod Dunia Guinness bagi pameran origami hati terbesar

Bernama
Bernama
11/04/2023
13:35 MYT
Kemboja pecahkan Rekod Dunia Guinness bagi pameran origami hati terbesar
Hampir 4 juta origami berbentuk hati dipamerkan di kompleks Taman Arkeologi Angkor di wilayah Siem Reap Kemboja. - Facebook - ASEAN Society & Culture
SIEM REAP: Pameran origami berbentuk hati di Kemboja tersenarai dalam Buku Rekod Guinness atau Guinness Book of Records pada Selasa sebagai pertunjukan origami berbentuk hati terbesar di dunia, memecah rekod sebelumnya yang dipegang oleh Britain.
Hampir 4 juta origami berbentuk hati dipamerkan di kompleks Taman Arkeologi Angkor di wilayah Siem Reap Kemboja bagi menzahirkan sokongan terhadap Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 pada Mei dan Sukan Para ASEAN ke-12 pada Jun, lapor Xinhua.
Projek itu dijayakan oleh Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja (UYFC), diketuai oleh anak bongsu Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, Hun Many.
"Saya kini mengesahkan bahawa sebanyak 3,917,805 origami berbentuk hati, Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja kini telah mencapai gelaran rekod dunia Guinness baharu," kata pengadil rasmi Rekod Dunia Guinness, Tomomi Sekioka.
"Saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan kerja berpasukan yang luar biasa, semangat dan disiplin," katanya.
Beliau berkata rekod baharu itu mengatasi rekod dunia sebelumnya bagi pameran origami terbesar berbentuk hati dengan 53,704 yang dicapai Britain pada 9 Feb 2019.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#pameran
#origami hati
#rekod dunia Guinness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan