awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja siap sedia hadapi kepulangan besar-besaran pekerja migran dari Thailand - PM

Bernama
Bernama
14/06/2025
21:00 MYT
Kemboja siap sedia hadapi kepulangan besar-besaran pekerja migran dari Thailand - PM
Hun Manet berkata, Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional bersedia membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang pulang memandangkan terdapat sekitar 70,000 kekosongan dalam pelbagai industri di seluruh negara. - Gambar fail/AP
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Sabtu berkata kerajaan pimpinannya telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan kepulangan besar-besaran pekerja migran Kemboja dari Thailand susulan ketegangan yang meningkat di kawasan sempadan, lapor Xinhua.
"Sekiranya berlaku kepulangan secara besar-besaran atas apa jua sebab, kerajaan telah menyediakan semua langkah perlu untuk menguruskan keadaan itu," katanya menerusi kenyataan di platform media sosial rasminya.
Beliau berkata kementerian dan agensi berkaitan, semua cabang angkatan tentera serta pihak berkuasa di tujuh wilayah sempadan Thailand sedang bersiap sedia untuk memudahkan proses lintas sempadan, penyediaan penginapan sementara dan makanan kepada mereka yang pulang di kawasan sempadan.
Tambah beliau, Kementerian Pertahanan, angkatan tentera dan Pentadbiran Perbandaran Phnom Penh telah menyediakan pengangkutan untuk membantu penghantaran pekerja migran ke wilayah asal masing-masing.
Hun Manet turut memaklumkan bahawa Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional bersedia membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka memandangkan terdapat sekitar 70,000 kekosongan dalam pelbagai industri di seluruh negara.
Kementerian Ekonomi dan Kewangan pula sedang bekerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan untuk merangka pakej bantuan sosioekonomi bagi meringankan beban kewangan golongan itu.
Beliau turut menyeru Persatuan Bank Kemboja dan Persatuan Mikro Kewangan Kemboja agar mempertimbangkan langkah pelepasan hutang untuk pekerja yang pulang.
Sementara itu, Presiden Senat merangkap Presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, Samdech Techo Hun Sen, menggesa pekerja migran Kemboja di Thailand supaya kembali ke tanah air.
Ketegangan sempadan antara Kemboja dan Thailand meningkat sejak tentera kedua-dua negara bertempur seketika di kawasan sempadan yang dipertikaikan pada 28 Mei, mengakibatkan seorang anggota tentera Kemboja terbunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepulangan pekerja migran
#Thailand
#Kemboja
#Hun Manet
#ketegangan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami