awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden AS disahkan badan pemilih

Agensi
Agensi
20/12/2016
07:40 MYT
Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden AS disahkan badan pemilih
Trump memperoleh 306 undi daripada 538 pemilih badan berkenaan, lebih daripada jumlah yang diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan beliau menerajui AS. - Gambar fail
Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan kemenangan calon Republikan, Donald Trump sebagai Presiden ke-45 negara itu.
Keputusan itu sekaligus melenyapkan usaha beberapa pihak yang ingin menyekat beliau ke White House.
Enam minggu selepas pilihan raya Presiden pada 8 November lalu yang menyaksikan kekalahan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton, Trump berjaya memperoleh undi lebih daripada majoriti mudah 270.
Dalam pengundian pada Isnin, Trump memperoleh 306 undi daripada 538 pemilih badan berkenaan, lebih daripada jumlah yang diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan beliau menerajui AS.
Trump dijadualkan akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS pada 20 Januari 2017, menggantikan Barack Obama.
Jutawan hartanah itu membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia pada pilihan raya Presiden AS November lalu, apabila menewaskan Hillary Clinton.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#elektoral
#Presiden Amerika Syarikat
#Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan