awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja

Faida Rahim
Faida Rahim
07/02/2026
06:15 MYT
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
Anwar mengingatkan bahawa tindakan segelintir pihak yang cuba menjadi ‘hero’ dengan membangkitkan isu ini secara melulu hanya akan menimbulkan kebencian dan perpecahan dalam masyarakat. - Gambar/ Bernama
GOMBAK: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pembinaan kuil tanpa kebenaran mesti ditangani mengikut peraturan dan undang-undang, sama seperti pembinaan masjid, surau atau gereja.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menegaskan isu pembinaan kuil tanpa kebenaran perlu diproses mengikut undang-undang, serupa dengan pembinaan masjid, surau, atau gereja.
  • Bantahan terhadap kuil haram harus dilakukan secara berhemah tanpa mencetuskan permusuhan atau hasutan yang boleh mengancam keselamatan negara.
  • Anwar menekankan keutamaan menjaga keselamatan dan kestabilan negara, sambil menegur tindakan pihak yang cuba mencetuskan kebencian dengan isu ini.

Anwar yang juga Perdana Menteri, berkata bantahan terhadap pembinaan kuil haram boleh dilakukan, namun ia perlu dibuat secara berhemah tanpa menimbulkan permusuhan atau hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.
“Saya tegaskan, kawan-kawan India, pernahkah saya tidak setuju dengan pertambahan kuil yang mengikut peraturan? Mesti ikut peraturan. Sama seperti masjid, surau atau gereja,” katanya.
Beliau berkata demikian di Konvensyen Keadilan Selangor di sini, pada Sabtu.
Anwar turut mengingatkan bahawa tindakan segelintir pihak yang cuba menjadi ‘hero’ dengan membangkitkan isu ini secara melulu hanya akan menimbulkan kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.
“Kalau kita langgar peraturan, hasilnya kebencian, masalah tidak selesai. Sebab itu saya terpaksa keluarkan arahan tegas semalam untuk hentikan. Dah lama kita biarkan berlarutan, semua orang nak jadi hero. Sekarang orang pergi kawasan kuil jadi hero ekstrem, akhirnya kita korbankan kepentingan negara,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan dan kestabilan negara, bukan memenuhi tuntutan segelintir pihak yang bersuara lantang.
“Musuh-musuh politik akan guna apa saja cara untuk melemahkan kekuatan kita. Sebab itu saya pilih sampaikan secara langsung kepada saudara di Keadilan Selangor, kerana saudara mampu betulkan naratif ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#isu kuil haram
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan