awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching

Bernama
Bernama
07/02/2026
06:00 MYT
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Nie Ching (enam, kiri) menghadiri Majlis Penyerahan Next Gen Luxury Coaches di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
KULAI: Pakatan Harapan (PH) Johor telah mula mengadakan rundingan dan perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching berkata rundingan berkenaan setakat ini hanya melibatkan parti dalam gabungan PH.
"Saya rasa kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk menghadapi PRN Johor pada tahun ini. Oleh itu, PH Johor telah bermesyuarat dan kami sedang dalam peringkat membincangkan pembahagian kerusi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Next Gen Luxury Coaches di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata perbincangan pembahagian kerusi dalam PH akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum melihat peluang atau kemungkinan kerjasama dengan pihak lain.
Timbalan Pengerusi PH Johor itu juga berkata kelazimannya rundingan politik akan bermula dalam kalangan gabungan terlebih dahulu sebelum diperluas kepada parti lain jika perlu.
Nie Ching turut menzahirkan keyakinan bahawa semua parti politik kini juga sedang membuat persediaan masing-masing bagi menghadapi PRN dan sekiranya belum bermula, persiapan itu dijangka dimulakan dalam masa terdekat.
Pada PRN lepas, PH memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (40), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA sebanyak satu kerusi.
DAP memenangi 10 kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), dan MUDA masing-masing meraih satu kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#DAP
#pembahagian kerusi
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan