awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta AS ucap selamat tinggal kepada Sabah, janji akan kembali untuk tawan Gunung Kinabalu
Piala Malaysia: Melaka mara ke suku akhir selepas singkirkan Sabah
Program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke 222 Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar Palestin kutuk serangan berterusan Israel di Kompleks Perubatan Al-Shifa

Bernama
Bernama
24/03/2024
00:22 MYT
Kementerian Luar Palestin kutuk serangan berterusan Israel di Kompleks Perubatan Al-Shifa
Kepulan asap kelihatan susulan serangan Israel di Hospital Al Shifa dan kawasan sekitarnya di tengah-tengah konflik antara Israel dan Hamas, di Gaza, 21 Mac 2024. - REUTERS
RAMALLAH: Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Kompleks Perubatan Al-Shifa dan persekitarannya untuk hari keenam berturut-turut.
Kementerian itu berkata Israel cuba memusnahkan keseluruhan hospital, membunuh ratusan orang awam dan penduduk tanpa kediaman yang mencari perlindungan di dalam kompleks, agensi berita Palestin, WAFA melaporkan.
Kementerian itu dalam kenyataan berkata penyasaran sengaja kemudahan perubatan itu sebagai "manifestasi tegas pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza".
Kementerian itu mengesahkan pendudukan itu bertujuan untuk mengubah seluruh Semenanjung Gaza dan utara khususnya menjadi kawasan yang tidak sesuai untuk kehidupan manusia.
Ia seterusnya mengecam sekatan oleh Israel bagi bantuan ke Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lonjakan ketara dalam jumlah kematian dan penyebab kebuluran, dahaga, kekurangan ubat-ubatan terutama kalangan kanak-kanak, bayi, wanita, orang sakit dan warga emas, menurut WAFA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Kompleks Perubatan Al-Shifa
#Palestin
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan