awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan

Bernama
Bernama
18/01/2025
12:15 MYT
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Trump sebelum ini menyatakan hasratnya untuk melaksanakan program pengusiran besar-besaran migran tanpa dokumen, yang melibatkan pengisytiharan darurat negara dan penggunaan angkatan tentera. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar The Wall Street Journal.
Menurut laporan berkenaan, serbuan selama seminggu itu akan bermula pada Selasa, sehari selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden yang dijadual berlangsung pada 20 Jan, dengan sehingga 200 pegawai penguat kuasa undang-undang dijangka terlibat dalam operasi itu.
Laporan pada Jumaat itu turut menyebut serbuan serupa dijangka dilaksanakan kemudian di New York, Los Angeles, dan Miami.
Trump sebelum ini menyatakan hasratnya untuk melaksanakan program pengusiran besar-besaran migran tanpa dokumen, yang melibatkan pengisytiharan darurat negara dan penggunaan angkatan tentera.
Pilihan Raya Presiden telah diadakan di AS pada 5 Nov 2024. Calon Republikan Trump, yang pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2017 hingga 2021, memenangi pilihan raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen pengusiran migran
#migran tanpa dokumen
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan