awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemunculan pertama Kamala Harris selepas Biden tarik diri

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2024
00:00 MYT
Kemunculan pertama Kamala Harris selepas Biden tarik diri
Harris berucap di White House ketika acara bersama atlet NCAA dalam penampilan umum pertamanya sejak Biden mengumumkan penarikan diri daripada kempen Presiden. - Foto AP
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris memuji Presiden Joe Biden atas khidmatnya kepada negara.
Beliau bercakap demikian dalam penampilan umum pertamanya pada Isnin sejak Biden mengumumkan penarikan dirinya daripada kempen Presiden.
Namun Harris tidak secara khusus merujuk kepada status baharunya sebagai calon utama Demokrat untuk Presiden, selepas Biden menarik diri atas tekanan yang semakin meningkat daripada kalangan pemimpin parti itu.
Bagaimanapun beliau memperoleh sokongan salah seorang anggota Demokrat yang paling lama berkhidmat, Nancy Pelosi.
Pelosi, yang meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Perwakilan pada 2022, tetap menjadi antara individu berpengaruh dalam arena politik Demokrat.
Pelosi memainkan peranan utama dalam meyakinkan Biden, 81, untuk menamatkan kempen beliau di tengah-tengah kebimbangan tentang kecekapan dan kemampuannya untuk mengalahkan calon Rebuplikan Donald Trump atau untuk berkhidmat selama empat tahun lagi.
Dalam satu kenyataan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Biden dan menghormati keputusannya untuk berundur.
Pelosi juga menyeru semua anggota Demokrat untuk bersatu mengalahkan Republikan dan mengumumkan sokongan ke atas Harris sebagai Presiden yang seterusnya.
Hampir semua anggota kanan Demokrat yang dilihat sebagai pesaing berpotensi kepada Harris telah menyokongnya, termasuk Gabenor Gretchen Whitmer dari Michigan, Gavin Newsom dari California dan Andy Beshear dari Kentucky.

Topic Berkaitan
#Kamala Harris
#Nancy Pelosi
#Joe Biden
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan