awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara
Yuran platform e-dagang adalah proses kematangan ekosistem - MAMBA
Kerjasama ASEAN-China perkukuh keamanan, kemakmuran serantau - Kao Kim Hourn
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemusnahan Amazon: Syarikat gergasi Brazil bergabung desak tindakan segera

Agensi
Agensi
08/07/2020
04:13 MYT
Kemusnahan Amazon: Syarikat gergasi Brazil bergabung desak tindakan segera
Kadar kemusnahan hutan hujan Amazon di Brazil meningkat kepada 34 peratus dalam lima bulan pertama sejak setahun lalu, setelah mencecah kadar tertinggi dalam tempoh 11 tahun pada 2019. - Reuters
Sekumpulan 39 syarikat, termasuk beberapa firma terbesar Brazil, pada Selasa menzahirkan kebimbangan tentang isu penebangan hutan yang berleluasa di belantara Amazon.
Reuters melaporkan, tindakan itu menyusuli desakan pelabur antarabangsa terhadap Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, supaya menghentikan kemusnahan itu atau berdepan risiko penarikan semula pelaburan.
Meskipun desakan kumpulan itu tidak sekuat protes antarabangsa, kenyataan bersama tersebut adalah yang pertama daripada gabungan syarikat yang besar dan berpengaruh di Brazil semenjak Bolsonaro menjadi Presiden.
Ia juga menjadi petanda bahawa tekanan korporat yang menggesa tindakan segera semakin kuat di negara itu.
Kadar kemusnahan hutan hujan Amazon di Brazil meningkat kepada 34 peratus dalam lima bulan pertama sejak setahun lalu, setelah mencecah kadar tertinggi dalam tempoh 11 tahun pada 2019.
Kumpulan pejuang alam sekitar menyalahkan Bolsonaro atas kemusnahan berterusan itu, kerana dia telah melemahkan perlindungan alam sekitar dengan membuka lebih banyak aktiviti perlombongan dan pertanian di wilayah Amazon.
Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh syarikat terkenal Brazil antaranya seperti bank Itau Unibanco, syarikat perlombongan Vale, syarikat bru Ambev, syarikat pembekal tenaga Eletrobras, Shell, Microsoft, syarikat agrokimia Bayer dan pedagang komoditi Cargill.
Desakan itu bagaimanapun disertai tawaran bantuan penyelesaian kepada pihak pemerintah, termasuk usaha penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.
"Kumpulan ini sangat bimbang tentang impak perniagaan berikutan persepsi negatif imej Brazil di peringkat antarabangsa, khususnya yang berkaitan isu alam sekitar di Amazon," ujar mereka.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Amazon
#Brazil
#hutan hujan
#Jair Bolsonaro
#kemusnahan hutan
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan