awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenya mula laksana kad pengenalan digital untuk rakyatnya

Bernama
Bernama
03/11/2023
16:21 MYT
Kenya mula laksana kad pengenalan digital untuk rakyatnya
Bitok mendedahkan bahawa Biro Pendaftaran Negara menerima kira-kira 10,000 pemohonan kad pengenalan kali pertama setiap hari. - Gambar hiasan/Unsplash
NAIROBI: Kenya mula melaksanakan kad pengenalan digital kebangsaan menerusi skim perintis yang akan memperkenalkan pendaftaran secara digital untuk rakyatnya, lapor Xinhua.
Ketua setiausaha Jabatan Imigresen dan Perkhidmatan Warganegara Negara, Julius Bitok berkata semua warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang memohon kad pengenalan akan diberikan ID digital yang digelar "Kad Maisha".
"Pemohon dengan kad pengenalan rosak atau hilang juga akan menerima kad baharu dengan ciri keselamatan yang diperkukuh, ketika kerajaan menguji pelancaran penuh ID digital," kata Bitok dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi pada Rabu.
Beliau berkata kad pengenalan digital yang mengandungi cip elektronik mikropemproses dengan data yang disulitkan (encrypted data) akan menggantikan kad pengenalan semasa, manakala ID digital itu juga akan mempunyai ciri menyokong penciptaan ID maya bagi mereka yang mempunyai telefon pintar.
Bitok mendedahkan bahawa Biro Pendaftaran Negara menerima kira-kira 10,000 pemohonan kad pengenalan kali pertama setiap hari.
"ID digital akan mempunyai nombor pengenalan peribadi unik yang baharu, yang akan menjadi rujukan pendaftaran dan pengenalan utama di sepanjang hayat pemiliknya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad pengenalan digital
#telefon pintar
#rujukan pendaftaran
#skim perintis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan