Skip to main content

Dunia

Pemain Iran terima visa baharu AS, dibenarkan sertai semula skuad kebangsaan

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Iran Training - Centro Xoloitzcuintle, Tijuana, Mexico - June 16, 2026 Iran's Mehdi Torabi during training REUTERS/Victor Medina
Mehdi Torabi kini dibenarkan menyertai semula skuad kebangsaan Iran bagi baki kempen Piala Dunia. - Gambar/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Pemain sayap Iran, Mehdi Torabi menerima visa kemasukan berbilang ke Amerika Syarikat (AS) dan kini dibenarkan menyertai semula skuad kebangsaan Iran bagi baki kempen Piala Dunia, menurut pengumuman jabatan media pasukan itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Jabatan media itu memaklumkan bahawa visa kemasukan berbilang baharu berkenaan dikeluarkan kepada pemain itu susulan usaha Persekutuan Bola Sepak Iran dan penyelarasan dengan FIFA.

Menurut persekutuan itu, visa yang dikeluarkan kepada anggota skuad kebangsaan Iran lazimnya sah untuk kemasukan berbilang, namun visa Torabi sebelum ini hanya dikeluarkan bagi satu kali kemasukan.

Selepas perlawanan pembukaan mereka di Los Angeles, skuad Iran dikehendaki kembali ke pangkalan mereka di Mexico dan tidak dibenarkan bermalam di AS.

Perkembangan itu menyusuli beberapa cabaran berkaitan visa yang menjejaskan anggota delegasi Iran ketika ketegangan antara AS dan Iran memuncak.

Walaupun kedua-dua negara telah bersetuju dengan satu rangka kerja yang bertujuan menamatkan peperangan, Iran mengekalkan pangkalannya di Mexico atas faktor keselamatan, sekali gus memerlukan pasukan itu keluar masuk AS bagi menghadapi perlawanan peringkat kumpulan.

Iran akan menentang Belgium dalam perlawanan kedua Kumpulan G pada Ahad di Los Angeles sebelum berdepan Mesir di Seattle pada 26 Jun.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement