Suruhanjaya Eropah mengkritik keputusan United Kingdom (UK) untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit.

Presidennya Ursula Von Der Leyen berkata ia dianggap satu keputusan yang tidak wajar ketika rundingan belum menampakkan perkembangan positif.

“Perdana Menteri UK mengesahkan beliau tidak mahu melanjutkan tempoh peralihan melebihi hujung tahun ini.

"Di pihak kami sentiasa bersedia memberikan lanjutan tetapi keputusan ini perlu dipersetujui dua pihak.

“Ini bermakna kita kini sudah separuh jalan berunding dengan baki lima bulan lagi tetapi rundingan ini masih belum separuh jalan bersetuju.

"Dengan baki masa yang singkat, kami akan melakukan apa sahaja dalam bidang kuasa kami untuk mencapai perjanjian.

“Kami akan menjadi konstruktif, sedia bersikap kreatif demi mencapai titik persamaan.

"Apa yang belum kami sedia adalah untuk mempersoalkan prinsip dan integriti kesatuan kerana tugas kami adalah melindungi kepentingan penduduk Eropah,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan berhubung perikanan.

Ia dianggap mandatori untuk membolehkan perjanjian mengenai sempadan dimuktamadkan.