awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerabu mangga antara menu tengah hari Trump dan Jong-un di Singapura

Agensi
Agensi
12/06/2018
04:54 MYT
Kerabu mangga antara menu tengah hari Trump dan Jong-un di Singapura
Pertemuan pertama kedua-dua pemimpin kontroversi ini menjadi perhatian media dari seluruh dunia. - Reuters
Daging rusuk lembu dengan daging khinzir masak masam manis adalah antara menu yang dihidangkan untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un sempena sidang kemuncak yang dinanti-nanti komuniti sedunia.
Kedua-dua pemimpin kontroversi itu menikmati hidangan yang menggabungkan cita rasa Timur dan Barat dalam pertemuan bersejarah di pulau republik itu pada Selasa, lapor Reuters.
Menu yang disiarkan White House itu menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan akan duduk bersama dalam sesi jamuan tengah hari, dimulakan dengan sajian pembuka selera iaitu koktel udang dengan salad avokado, sotong kurita segar dengan kerabu mangga muda yang popular di Asia Tenggara, serta oiseon, iaitu hidangan timun sumbat dari Korea.
Menu hidangan tengah hari antara Trump dan Jong-un seperti yang disiarkan White House. - Reuters
Menu hidangan tengah hari antara Trump dan Jong-un seperti yang disiarkan White House. - Reuters
Hidangan utama pula adalah confit rusuk lembu, yang disaji bersama dauphinois kentang dan brokoli kukus. Selian itu adalah daging khinzir rangup masak masam manis serta nasi goreng.
Turut dinikmati adalah hidangan Korea daegu jorim, iaitu ikan kod yang dimasak dengan kicap soya dan rempah lada, dengan lobak putih serta sayuran Asia lain.
Untuk pencuci mulut, Trumpo dan Jong-un serta delegasi masing-masing akan merasai ganache coklat gelap, ais krim vanila Haagen Daaz dengan ceri, serta pastri krim.
BACA: Pertemuan bersejarah! Trump dan Jong-un berjabat tangan
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Kim Jong-un
#Korea Utara
#pertemuan bersejarah
#sidang kemuncak
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan