awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan campuran Sepanyol ditentukan pada Sabtu

Agensi
Agensi
28/10/2016
10:43 MYT
Kerajaan campuran Sepanyol ditentukan pada Sabtu
Pemangku Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy menyampaikan ucapan semasa perbahasan istiadat di Parlimen di Madrid, Sepanyol, 27 Oktober 2016. - REUTERS
Parlimen Sepanyol pada Khamis menolak permohonan Perdana Menteri, Mariano Rajoy untuk membentuk kerajaan minoriti.
Pada pusingan undian yang dibuat, Pemangku Perdana Menteri yang menerima mandat membentuk kerajaan pada Julai lalu itu, hanya memperoleh 170 sokongan berbanding 350 kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, 137 undi datangnya dari parti yang dipimpinnya, Parti Konservatif.
Bagaimanapun, Parlimen menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh bagi undian kali kedua untuk permohonan sama.
Rajoy membuat permohonan itu bagi mencapai hasrat membentuk kerajaan campuran yang telah diusahakan sejak Disember tahun lalu.
Jika bernasib baik, undian pada Sabtu mungkin akan menyaksikan pengecualian undi dari Parti Sosialis.
Sepanyol berada dalam kebuntuan politik sejak pilihan raya berkenaan dan usaha membentuk kerajaan gagal disebabkan Rajoy gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
Sebuah kerajaan perlu dibentuk pada Isnin ini, jika tidak, pilihan raya ketiga akan diadakan, sesuatu yang mahu dielakkan oleh kebanyakan parti di Sepanyol.
Topic Berkaitan
#Mariano Rajoy
#Parlimen Sepanyol
#Parti Konservatif
#undian kali kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan