awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri pusat data dijangka guna 70 peratus memori global tahun ini – WSJ
Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Gaza sedia pindah kuasa kepada jawatankuasa teknokratik

Bernama
Bernama
20/01/2026
02:20 MYT
Kerajaan Gaza sedia pindah kuasa kepada jawatankuasa teknokratik
Kerajaan Gaza bersedia untuk memindahkan semua kuasa" kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza "dengan cara yang menjamin peralihan kerja institusi yang lancar dan teratur serta memelihara hak rakyat. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Pejabat media kerajaan Gaza pada Isnin berkata, ia bersedia memindahkan kuasa kepada sebuah jawatankuasa teknokratik yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir enklaf Palestin itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, pejabat itu menegaskan "kesediaan penuh untuk memindahkan semua kuasa" kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza "dengan cara yang menjamin peralihan kerja institusi yang lancar dan teratur, memelihara hak rakyat serta kakitangan sektor awam dan memastikan kesinambungan perkhidmatan tanpa gangguan."
Ia menekankan bahawa kerja-kerja kerajaan dan perkhidmatan "akan terus berjalan seperti biasa, dan institusi serta jabatan berkaitan akan terus melaksanakan tugas masing-masing," meskipun dalam keadaan luar biasa.
Pejabat itu turut menegaskan semula "kesatuan tanah Palestin serta keutuhan politik dan geografi antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza," sambil menolak sebarang pengaturan yang akan "mengukuhkan perpecahan atau menjejaskan kehendak nasional Palestin."
Pada Sabtu, Ali Shaath, ketua Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza, menandatangani mandat jawatankuasa itu dalam langkah rasmi pertamanya, yang menggariskan prinsip kerja dan bidang tanggungjawabnya.
Sehari sebelum itu, Rumah Putih mengumumkan penubuhan Lembaga Keamanan dan meluluskan senarai anggota Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza sebagai sebahagian daripada empat badan yang ditetapkan untuk mengurus fasa peralihan di enklaf berkenaan, bersama Majlis Eksekutif Gaza dan pasukan penstabilan antarabangsa.
Jawatankuasa itu dibentuk sebagai sebahagian daripada fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza yang berkuat kuasa pada 10 Okt, sekali gus menghentikan perang Israel yang telah mengorbankan lebih 71,000 nyawa dan mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Gaza
#jawatankuasa teknokratik
#enklaf Palestin
#pindah kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan