INTERNATIONAL
Kerajaan India arah platform X sekat 8,000 akaun termasuk agensi berita antarabangsa

Platform X tidak bersetuju dengan tuntutan kerajaan India, menyatakan bahawa menyekat keseluruhan akaun adalah bentuk penapisan yang bercanggah dengan hak kebebasan bersuara. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Kerajaan India telah mengarahkan platform media sosial X untuk menyekat lebih 8,000 akaun termasuk milik organisasi berita asing di India.
Ringkasan AI
- Kerajaan India mengarahkan platform media sosial X untuk menyekat lebih 8,000 akaun, termasuk milik organisasi berita asing.
- Kerajaan mengancam untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan tempatan syarikat jika arahan tidak dipatuhi, termasuk denda dan pemenjaraan.
- Platform X tidak bersetuju dengan tuntutan kerajaan India, menyatakan bahawa menyekat keseluruhan akaun adalah bentuk penapisan yang bercanggah dengan hak kebebasan bersuara.
"Perintah itu termasuk tuntutan untuk menyekat akses di India ke atas akaun milik organisasi berita antarabangsa dan pengguna platform X terkemuka," katanya.
Platform X menyatakan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan kerajaan India namun telah memulakan proses menyekat akaun-akaun tertentu di India sahaja.
Kerajaan dalam kebanyakan kes tidak menyatakan hantaran daripada akaun yang telah melanggar undang-undang tempatan India, menurut syarikat itu.
Menurut X, dalam kebanyakan kes kerajaan tidak menyatakan secara jelas kandungan siaran daripada akaun yang dianggap melanggar undang-undang tempatan.
"Menyekat keseluruhan akaun bukan sahaja tidak perlu, malah merupakan satu bentuk penapisan terhadap kandungan sedia ada dan akan datang, serta bercanggah dengan hak asasi kebebasan bersuara," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami