Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan tidak meletak jawatan daripada kerajaan seperti dihebohkan oleh pihak yang membuat spekulasi, demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantrawanich.
Menurut beliau, Prawit, 72, berhasrat untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
"Jen Prawit Wongsuwan masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan tidak melepaskan jawatan seperti pihak-pihak membuat spekulasi,"kata beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini.
Timbalan perdana menteri yang juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri Thailand telah berlepas ke Singapura awal hari ini dan akan berada di republik itu sehingga Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.
Jen Prawit mendapat perhatian orang ramai yang mendesak beliau meletak jawatan selepas beliau didapati memakai jam tangan mewah semasa menghadiri satu majlis kerajaan baru-baru ini.
Kontroversi yang berlarutan melibatkan jam tangan mewah timbalan perdana menteri disebut-sebut sebagai satu daripada sebab bagi kemerosotan populariti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dalam tinjauan populariti yang dijalankan baru-baru ini.
Bekas panglima tentera darat itu telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika beliau didapati bersalah hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) berhubung isu pemilikan jam tangan mewah.
NACC dalam satu kenyataan minggu lepas berkata ia berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jam tangan tersebut daripada timbalan perdana menteri.
Sebagai membela diri, Jen Prawit berkata jam tangan mewah itu ialah milik rakan-rakannya yang meminjamkan jam tangan tersebut kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2018
Jen Prawit Wongsuwan masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. - Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Jam tangan mewah Leica ZM 1 Gold Limited Edition dijual pada harga RM130,000
Leica ZM 1 Gold Limited Edition baharu dilancarkan dengan gabungan bahan emas 18k 4N dan Titanium Grade 5.
Lelaki ditahan tipu jual jam, beg jenama mewah babit kerugian RM20 juta
Seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta.
Longines Spirit Zulu Time, jam tangan estetik dengan berbilang zon masa
Ia sebagai lambang penghormatan kepada jenama itu yang merentasi sejarah dan inovasi.
Rosmah beli barang kemas RM3.3 juta guna kad kredit Najib
Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu berkata pembelian itu dibuat di sebuah butik barang kemas pada Ogos 2014 sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan asing.
Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib
Najib dedah hadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran.
Siasatan kes jam tangan mewah selesai - Latheefa
Setiausaha politik itu sebelum ini ditahan kerana disyaki menerima rasuah berupa sebuah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.
SPRM tahan Setiausaha Politik terima jam tangan RM28,000
Lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Jam tangan mewah dan barang kemas jenama Cartier jadi barang bukti
Kesemua jam tangan mewah dan barang kemas termasuk 23 bentuk cincin, lapan utas gelang tangan, dua pasang subang dan seutas rantai leher telah dikemukakan oleh saksi.
Kerajaan Thailand nafi Prawit Wongsuwan letak jawatan berhubung isu jam tangan mewah
Timbalan Perdana Menteri Thailand tidak meletak jawatan daripada kerajaan seperti dihebohkan oleh pihak yang membuat spekulasi.