awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja mencari emas dihentikan susulan Taufan Mangkhut

Agensi
Agensi
23/09/2018
01:57 MYT
Kerja mencari emas dihentikan susulan Taufan Mangkhut
Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahkan kesemua lombong emas di kawasan pergunungan Cordillera ditutup. - Foto Reuters/Erik De Castro
Kerja-kerja melombong emas mungkin akan dihentikan susulan beberapa siri tanah runtuh yang meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa di utara Filipina.
Hampir seminggu selepas Taufan Mangkhut (atau Ompong) membadai negara itu, pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang tertimbus di sebuah lombong emas di Ucab, berhampiran dengan bandar Baguio.
Lebih 20 mayat telah ditemui di lombong tersebut yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
50 orang masih hilang dan dikhuatiri maut.
Susulan kejadian, Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahkan kesemua lombong yang diusahakan secara kecil-kecilan di kawasan pergunungan Cordillera itu ditutup.
"Kami akan jalankan beberapa projek bagi membolehkan penduduk di sini memulakan kehidupan yang baru.
"Selain daripada menjalankan aktiviti perlombongan, penduduk di sini boleh menjalankan aktiviti pertanian," kata gabenor wilayah Ifugao, Pedro Mayam-o.
Kerja-kerja melombong emas di kawasan pergunungan Cordillera telah dijalankan sejak 400 tahun dahulu.
Namun kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan tersebut akibat hujan lebat.
Kerja-kerja perlombongan itu juga dikecam kumpulan hak asasi manusia antarabangsa kerana kanak-kanak didapati dipaksa melombong emas.
"Kebanyakan penduduk di sini sangat miskin jadi kanak-kanak ini terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menampung keluarga mereka," kata Maria Reyes, keluarga salah seorang mangsa tanah runtuh.
Buat masa ini, arahan untuk hentikan segala kerja-kerja perlombongan di kawasan utara Luzon akan dikekalkan sehingga diberitahu kelak.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Kanak-kanak
#lombong emas
#maut
#Ompong
#Rodrigo Duterte
#Taufan Mangkhut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan