Jumlah kes COVID-19 di India kini mencecah tiga juta, menurut Kementerian Kesihatan Negara itu pada Ahad.

India melepasi angka itu hanya dalam tempoh 16 hari setelah merekodkan jumlah kes melebihi dua juta.

Ia susulan daripada 10,339 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 3,044,940 kes.

Dalam pada itu, negara itu melaporkan 912 lagi kematian yang mana angka itu meningkat sehingga 56,706.

Menerusi jumlah terkini kes COVID-19 yang terus meningkat, India sudah hampir mencapai angka yang sama dengan Brazil, negara yang menduduki tempat kedua dengan kes dan kematian tertinggi di dunia.

Sebelum ini, pakar memberi amaran bahawa india mungkin mengatasi Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19.

BACA: COVID-19: India tingkatkan ujian saringan kepada 900,000 sehari