awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron

Bernama
Bernama
16/03/2022
12:33 MYT
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
New South Wales (NSW) merekodkan 30,402 kes baharu pada Rabu, berbanding 10,689 kes pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS
SYDNEY: Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
New South Wales (NSW) merekodkan 30,402 kes baharu pada Rabu, berbanding 10,689 kes pada Selasa.
Negeri itu juga mencatat lima kematian sementara 1,016 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 36 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Menurut Kementerian Kesihatan peningkatan jumlah kes baharu itu disebabkan isu pemprosesan data.
Selain itu, kementerian turut memberi amaran agar bersiap sedia menghadapi gelombang baharu COVID-19, dengan kemungkinan peningkatan kes dua kali ganda pada pertengahan April.
Victoria turut mencatatkan angka tertinggi selama lima minggu berturut-turut, dengan 9,426 kes direkodkan pada Rabu, meningkat daripada 7,460 sehari sebelumnya.
Pengerusi Biostatistik dan Epidemiologi di Universiti Australia Selatan, Adrian Esterman berkata kajian awal menunjukkan subvarian Omicron BA.2 mempunyai kadar kebolehjangkitan 40 peratus berbanding varian sebelum ini.
Persatuan Perubatan Australia (AMA) menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk meningkatkan sistem kesihatan bagi menghadapi gelombang COVID seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes COVID-19
#subvarian omicron
#New South Wales
#unit rawatan rapi
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan