awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 melonjak di AS ketika kadar vaksinasi menurun

Bernama
Bernama
13/07/2021
10:01 MYT
Kes COVID-19 melonjak di AS ketika kadar vaksinasi menurun
Amerika Syarikat (AS) menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di lebih 40 negeri sejak minggu lalu berikutan proses pemberian vaksinasi yang semakin perlahan selain penularan varian Delta. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di lebih 40 negeri sejak minggu lalu berikutan proses pemberian vaksinasi yang semakin perlahan selain penularan varian Delta, lapor Xinhua.
Sekitar 19,455 kes baharu direkodkan untuk tempoh tujuh hari, meningkat 47 peratus berbanding minggu sebelumnya, menurut data Universiti Johns Hopkins.
Ia mencatatkan peningkatan kes mingguan tertinggi sejak April 2020, menurut Bloomberg.
Dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, hampir semua kes kematian COVID-19 di seluruh negeri melibatkan mereka yang belum divaksin, katanya.
Pada Jun sahaja, lebih 99 peratus kematian COVID-19 membabitkan mereka yang belum divaksin, kata pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky. Kadar vaksinasi juga menurun sejak beberapa bulan lalu.
Kira-kira 246,000 orang dijadual menerima suntikan setiap hari bagi tempoh tujuh hari lalu, iaitu 88 peratus lebih rendah berbanding April.
Setakat Ahad, seramai 48 peratus penduduk AS sudah lengkap dua dos vaksin manakala 55.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, kata CDC.
Pakar kesihatan berkata vaksin COVID-19 adalah kunci utama dalam mengurus dan mencegah varian daripada terus bermutasi dan menjadi lebih ganas.
"Kita amat perlukan lebih ramai menerima suntikan, kerana hanya itulah jalan keluar yang ada," kata ketua penasihat perubatan Rumah Putih, Anthony Fauci, pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#peningkatan kes
#COVID-19
#vaksinasi
#Varian Delta
#Universiti Johns Hopkins
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan