awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Indonesia kini cecah 27,549 dengan 1,663 kematian

Bernama
Bernama
02/06/2020
09:53 MYT
Kes COVID-19 di Indonesia kini cecah 27,549 dengan 1,663 kematian
Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 518 kes.
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27,549 dengan angka korban akibat jangkitan virus itu kini berjumlah 1,663 orang.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 609 tambahan kes positif baharu manakala sebanyak 22 lagi kematian berlaku.
"Ketika ini juga, seramai 13,213 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 518 kes diikuti Jawa Timur (418 kes), Jawa Barat (151) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNPB
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kes positif
#PSBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan