Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap tahniah atas kejayaan SMA Nadhah Hasanah Melele

Pada STA 2026, sekolah itu memperoleh Gred Purata Sekolah 2.79 dengan kesemua 100 peratus pelajar layak mendapat sijil. - Foto FB Anwar Ibrahim
Pada STA 2026, sekolah itu memperoleh Gred Purata Sekolah 2.79 dengan kesemua 100 peratus pelajar layak mendapat sijil. - Foto FB Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang muncul tempat pertama Kedah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) 2026.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan sekolah itu, memuji peranan guru dan ibu bapa.
  • Sekolah tersebut memperoleh Gred Purata Sekolah 2.79 dengan 100 peratus pelajar layak mendapat sijil pada STA 2026.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kejayaan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang menduduki tempat pertama di Kedah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) 2026, telah menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di X hari ini berkata kejayaan sekolah itu, pastinya ditunjangi oleh didikan luar biasa para guru dan ibu bapa.

“Tumpang gembira dengan pencapaian hebat anak-anak SMA Nahdhah Hasanah. Pastinya kejayaan ini ditunjangi didikan luar biasa guru-guru dan pengorbanan ibu bapa. Moga terus cemerlang, insya-Allah,” kata beliau.

Advertisement

SMA Nahdhah Hasanah yang telah beroperasi sejak 1946 pernah dilawati oleh Perdana Menteri pada 17 Jun 2023, bersempena dengan sambutan Jubli Intan sekolah tersebut.

Pada STA 2026, sekolah itu memperoleh Gred Purata Sekolah 2.79 dengan kesemua 100 peratus pelajar layak mendapat sijil.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement