Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 30 juta.

Ini disumbang ratusan ribu kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.67 juta kes jangkitan.


Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.67 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5.11 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.41 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Iraq.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan dan Romania.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.