Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 28,818 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,721 orang.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 585 tambahan kes positif baharu dicatatkan, manakala sebanyak 23 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.
"Seramai 13,416 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Menurut beliau bagi tempoh berkenaan juga, 486 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh dari virus itu kini berjumlah 8,892 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 585 tambahan kes positif baharu dicatatkan. - Gambar fail/REUTERS
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Kes positif COVID-19 di Indonesia 88,214, kematian 4,239
Tambahan 1,693 kes baharu dalam tempoh 24 jam, serta 96 lagi kematian.
Indonesia catat kes positif baharu tertinggi dalam tempoh 24 jam, kes positif 68,079
Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079 kes, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang.
COVID-19: 54,010 kes positif, 2,754 kematian di Indonesia
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 50,000
Kes positif kini 50,187 manakala sebanyak 13,323 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
COVID-19 di Indonesia: 47,896 kes positif, 2,535 kematian
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 741 kes.
COVID-19 di Indonesia: 45,029 kes positif, 2,429 kematian
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 698 kes diikuti provinsi Jakarta (585 kes).
COVID-19: Kes positif di Indonesia 39,294 kematian 2,198 orang
Kes positif kini berjumlah 39,294 manakala sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
COVID-19: Indonesia catat 857 kes baharu, 43 lagi kematian
Kes positif kini berjumlah 38,277 manakala sebanyak 13,574 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
COVID-19: Kes positif di Indonesia kini 20,796, dengan 1,326 kematian
Ketika ini seramai 11,028 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.