Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melepasi 36.71 juta kes.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 7.64 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 6.9 juta kes, manakala Brazil merekodkan lima juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.26 juta kes.

Sementara itu, Colombia, Sepanyol, Argentina, Peru melepasi angka setengah juta kes.

Turut melepasi 500,000 kes ialah Mexico, Perancis, Afrika Selatan, dan United Kingdom.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Iran, Chile, Iraq, Bangladesh, Itali, dan Arab Saudi.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah Kanada, Belanda, Romania, Maghribi, Ecuador dan Belgium.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.