awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Salman Rushdie: Suspek menghormati Ayatollah Khomeini dari Iran

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
02:00 MYT
Kes Salman Rushdie: Suspek menghormati Ayatollah Khomeini dari Iran
Hadi Matar ketika dibawa ke Mahkamah Daerah Chautauqua pada Sabtu lepas. - Foto AP
NEW YORK: Lelaki yang dituduh menikam Salman Rushdie berkata, dia menghormati Ayatollah Ruhollah Khomeini tetapi tidak menyatakan sekiranya tindakannya itu didorong fatwa dikeluarkan bekas pemimpin Iran itu.
Hadi Matar, 24, menjelaskan, dia hanya membaca beberapa halaman novel Rushdie iaitu 'The Satanic Verses' dan ciapan di Twitter yang mengumumkan lawatan pengarang kontroversi itu ke New York, sekali gus memberikannya idea untuk menghadirinya.
Dalam temu bual bersama New York Post, Matar hanya menyatakan penghormatannya terhadap Khomeini dan enggan mengulas lanjut mengenainya.
Dia turut menzahirkan pendirian tidak menyukai Rushdie kerana pengarang kontroversi itu seorang Islam namun menyerang kepercayaan agama berkenaan.
Matar turut menafikan mempunyai hubungan dengan Pengawal Revolusi Iran.
Matar mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh dan menyerang ketika dihadapkan ke mahkamah Sabtu lalu.
BACA: Cubaan bunuh: Penyerang Salman Rushdie mengaku tidak bersalah
Baru-baru ini, Rushdie, 75, ditikam Matar ketika sedang menyampaikan syarahan mengenai kebebasan artistik di New York.
BACA: Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Sejak penerbitan 'The Satanic Verse' oleh Rushdie pada 1998, bekas pemimpin Iran, Khomeini mengeluarkan fatwa menggesa umat Islam untuk membunuhnya.
Topic Berkaitan
#Salman Rushdie
#Hadi Matar
#Ayatollah Ruhollah Khomeini
#fatwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan