Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Februari 2026.

 

  1. Intitusi keluarga penting untuk pembangunan negara, bukan teknologi atau digital semata-mata - PM Anwar

    Perdana Menteri berkata keluarga merupakan tapak utama pembentukan akhlak, nilai dan identiti generasi masa depan.

     

  2. 'Alhamdulillah saya tidak menyesal, kecewa’ - Wan Fayhsal

    Wan Fayhsal menegaskan sokongan terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Timbalan Presiden yang dipecat bersamanya dan menolak Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

     

  3. Isu Saham: USJT Bukit Aman siasat kes fitnah terhadap Azam Baki

    Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran artikel yang diterbitkan pada 10 Feb lepas oleh media antarabangsa itu disyaki mengandungi kenyataan fitnah terhadap Azam.

     

  4. 'Hari ini saya adalah penentang nombor satu Presiden' - Hamzah

    Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan tidak akan merayu keputusan pemecatan oleh parti itu semalam.

     

  5. Krisis Bersatu: "Kami cuba elak krisis, tetapi ada pihak pilih sabotaj" - Muhyiddin

    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan usaha untuk mengelakkan perpecahan dalam parti itu gagal apabila terdapat pihak tertentu yang terus melakukan sabotaj dari dalam.

     

  6. Radzi Jidin, Faizal Azumu jalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu

    Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dilantik menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti itu.

     

  7. PM umum peruntukan tambahan RM20 juta untuk semua SJKC

    Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi memperkukuh kemudahan dan infrastruktur sekolah-sekolah berkenaan.

     

  8. Aliran trafik di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang sesak

    Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menunjukkan peningkatan hari ini, berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina serta menyambut awal Ramadan minggu depan.

     

    9. Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - PM Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil peluang menjalani ibadah puasa bagi meningkatkan martabat diri bersempena Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

     

    10. Liek How juara dunia buat kali kesembilan

    Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou terus mengekalkan kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Manama, Bahrain hari ini.
     

Advertisement

Must Watch Video