Skip to main content

Malaysia

Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE

eksesais, malaysia, UAE
Mohamed Khaled beramah mesra dengan pegawai dan anggota daripada Batalion ke-7, Rejimen Renjer Diraja yang berjaya menamatkan Eksesais Desert Tiger, sewaktu dalam pesawat pulang ke tanah air. - Facebook Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Penyertaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Eksesais Desert Tiger diyakini menjadi sebagai langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan anggota, selari dengan usaha memperkasakan kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebooknya pada Sabtu. 

Beliau turut memberi penghargaan kepada sejumlah 15 pegawai dan 86 anggota daripada Batalion ke-7, Rejimen Renjer Diraja yang berjaya menamatkan Eksesais Desert Tiger yang diadakan di Ajman.

Advertisement

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas komitmen, disiplin serta semangat yang tinggi sepanjang eksesais bilateral selama 13 hari.

“Latihan ini memberi pendedahan langsung dalam pelaksanaan operasi dalam kawasan terbina (OBUA) di persekitaran padang pasir, di samping menjadi platform pertukaran doktrin serta Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) bersama dengan Tentera Darat UAE,” katanya yang pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat sama dengan pegawai dan anggota TDM berkenaan.

Must Watch Video