awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes selesema melonjak di Australia

Bernama
Bernama
06/06/2023
03:57 MYT
Kes selesema melonjak di Australia
Pakar menyatakan kebimbangan mengenai kadar pengambilan vaksin influenza yang rendah dalam kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan/FREEPIX
CANBERRA: Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk, lapor Xinhua.
Menurut Laporan Pengawasan Influenza Australia 2023 yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan, terdapat 57,816 kes influenza disahkan dan 57 kematian di negara itu setakat 28 Mei.
Angka itu mewakili peningkatan sebanyak 43 peratus daripada 40,318 kes yang dilaporkan setakat 14 Mei.
Laporan itu memberi amaran bahawa kanak-kanak menyumbang kepada jangkitan tinggi yang tidak seimbang, dengan tiga kumpulan umur 0-4, 5-9 dan 10-14 mencatatkan kadar jangkitan tertinggi.
Sejak pengawasan bermula pada April, 76 peratus kes influenza yang dimasukkan ke hospital di Australia melibatkan mereka berumur di bawah 16 tahun.
Pakar menyatakan kebimbangan mengenai kadar pengambilan vaksin influenza yang rendah dalam kalangan kanak-kanak.
Paul Kelly, Ketua Pegawai Perubatan Australia pada Mac telah menulis kepada penyedia vaksin menggesa mereka menekankan kepentingan inokulasi menjelang musim sejuk.
Beliau juga meluahkan kebimbangan tentang kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin selesema adalah percuma untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan dan lima tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#Influenza
#selesema
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan