RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam maut dan 43 lagi cedera dalam perlanggaran bas pelancong dengan sebuah trak pada malam Selasa di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Bomba Minas Gerais, bas membawa penumpang dan barangan itu dalam perjalanan pulang dari Sao Paulo ke Senhor do Bonfim di Bahia, manakala trak tersebut datang dari Conselheiro Pena di Minas Gerais selepas selesai menghantar muatan keju.
Pemandu bas dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh trak, menyebabkan kedua-dua kenderaan terbalik.
Kedua-dua pemandu terselamat sementara mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran.
Identiti mangsa belum didedahkan dan polis sedang menyiasat punca serta keadaan kemalangan.
-- BERNAMA-XINHUA