awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa

Bernama
Bernama
11/12/2024
20:45 MYT
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Mustafa menekankan keperluan untuk menyatukan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam laluan ke arah menamatkan pendudukan dan mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka. - Gambar fail/REUTERS
RAMALLAH (Palestin): Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa menyatakan bahawa ketiadaan akauntabiliti antarabangsa terhadap Israel membolehkannya terus melakukan tindakan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu di pejabat perdana menteri di Ramallah.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Wakil Kesatuan Eropah ke Negara Palestin, Alexandre Stutzmann.
Mustafa mengulangi bahawa pelaksanaan Resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membentuk pelan hala tuju untuk menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, memastikan penghantaran bantuan yang memenuhi keperluan kemanusiaan dan bantuan segera di wilayah itu serta memulakan usaha pembinaan semula.
Beliau turut menekankan keperluan untuk menyatukan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam laluan ke arah menamatkan pendudukan dan mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Menonjolkan peranan penting Gaza dalam projek kenegaraan, Mustafa menyatakan bahawa kerajaan komited untuk menguruskan Gaza bersama wilayah Palestin yang lain.
Menurut beliau, semua kementerian berkaitan telah menyediakan pelan untuk beroperasi di Gaza sebaik sahaja pencerobohan berakhir, memberi tumpuan kepada usaha bantuan, pemulihan awal, pembinaan semula, pemulihan ekonomi dan penyatuan institusi.
Mustafa turut memuji Kesatuan Eropah dan rakan antarabangsanya atas peranan penting mereka dalam menyokong usaha merealisasikan sebuah negara Palestin.
Beliau menekankan kepentingan usaha yang dipergiatkan bagi mewujudkan laluan politik untuk menamatkan pendudukan dan merealisasikan penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Selain itu, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada EU dan institusinya kerana memberikan sokongan kewangan kecemasan kepada kerajaan pada 2024.
Mustafa juga menekankan keperluan untuk mendapatkan pakej sokongan yang mampan bagi memastikan kemajuan berterusan untuk tahun-tahun akan datang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa
#akauntabiliti antarabangsa
#Israel
#jenayah
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan