awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua agensi pelarian PBB gesa bantuan, gempa bumi Afghanistan ragut 800 nyawa

Bernama
Bernama
01/09/2025
11:45 MYT
Ketua agensi pelarian PBB gesa bantuan, gempa bumi Afghanistan ragut 800 nyawa
Pihak berkuasa dan media tempatan melaporkan angka korban akibat gempa bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan lewat Ahad ketika kebanyakan penduduk sedang tidur telah meningkat kepada 800 orang. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gempa bumi terbaharu di Afghanistan menambah angka korban dan kemusnahan kepada pelbagai cabaran yang sedang dihadapi negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Gempa bumi besar telah menyebabkan banyak korban jiwa di Afghanistan. Ini menambah kematian dan kemusnahan kepada cabaran lain termasuk kemarau serta penghantaran pulang berjuta-juta rakyat Afghanistan dari negara jiran," tulis Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Filippo Grandi di platform media sosial X pada Isnin.
Beliau menyatakan harapan agar komuniti penderma dapat menyokong usaha bantuan kemanusiaan.
Pihak berkuasa dan media tempatan melaporkan angka korban akibat gempa bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan lewat Ahad ketika kebanyakan penduduk sedang tidur telah meningkat kepada 800 orang.
Angka itu dijangka terus meningkat memandangkan ramai lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua agensi pelarian PBB
#gesa bantuan
#gempa bumi afghanistan
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan