awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak

Agensi
Agensi
06/02/2024
23:15 MYT
Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Paul Nthenge Mackenzie berdepan dakwaan di mahkamah Kenya atas jenayah membunuh lebih 200 individu yang mana 191 daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak. - Gambar fail REUTERS
SEORANG ketua ajaran sesat dan puluhan pengikutnya berdepan dakwaan di mahkamah Kenya atas jenayah membunuh lebih 200 individu yang mana 191 daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Paul Nthenge Mackenzie dan 29 suspek lain mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan pihak mahkamah di Malindi, bandar pesisir Kenya.
Seorang suspek didapati tidak sihat dari segi mental untuk dibicarakan.
Mayat kanak-kanak itu digali dari hutan Shakahola di timur Kenya tahun lalu di mana Mackenzie dan rakan-rakannya dituduh menjalankan upacara pengebumian mengikut fahaman mereka.
Pihak berkuasa menggali lebih 400 mayat dari hutan yang luas itu selepas usaha pencarian dilakukan selama berbulan-bulan.
Pihak pendakwa turut mendakwa Mackenzie atas beberapa pertuduhan lain termasuk keganasan, pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman kanak-kanak.
Perbicaraan kes akan bermula pada 7 Mac depan.
Mackenzie, yang mengetuai sebuah gereja antarabangsa didakwa mengarahkan pengikut-pengikutnya agar mereka dan anak-anak mereka menahan diri daripada makan dan minum sehinggalah kematian menjemput mereka dalam usaha mengejar syurga.
Siasatan mendapati, keputusan bedah siasat menunjukkan kebanyakan mayat mati akibat kelaparan manakala yang lain mempunyai tanda-tanda trauma dan tercekik.
Bulan lalu, mahkamah mengancam untuk membebaskan Mackenzie jika pendakwa negeri tidak membawa pertuduhan terhadapnya. - Agensi
Ketua ajaran sesat didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Topic Berkaitan
#ketua ajaran sesat
#Paul Nthenge Mackenzie
#Kenya
#bunuh kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan