Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas ketua pembangkang pergerakan Baju Merah kerana memfitnah bekas pemimpin tertinggi negara.

Hukuman tersebut disifatkan penganalisis sebagai satu lagi serangan terhadap pihak yang mengkritik rejim tentera.

Perintah hukuman tersebut menyusul beberapa hari selepas pengumuman pencabaran dan dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra. Kerajaannya yang telah digulingkan disokong oleh kumpulan Baju Merah sebelum diambil alih tentera pada Mei tahun lalu.

Mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas Jatuporn Prompan atas dua kesalahan memfitnah ke atas bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva dalam sebuah ucapan umum pada Oktober 2009.

Jatuporn yang merupakan Pengerusi Kumpulan Baju Merah banyak berdepan dengan kes mahkamah atas dakwaan memfitnah. Peguamnya Wiyat Chatmontree telah mengesahkan hukuman tersebut dan memberitahu anak guamnya akan mengemukakan rayuan.

"Kami telah menyarankan ikat jamin 200,000 baht (RM20,000) dan sidang mahkamah akan disambung petang ini,” katanya.

Penganalisa Thailand, David Streckfuss berpendapat bahawa perintah hukuman tersebut adalah usaha terbaharu rejim tentera untuk melumpuhkan suara pembangkang dan pengkritik.

Yingluck telah dicabar dalam Parlimen yang dipenuhi junta pada Jumaat lalu, dengan larangan berpolitik selama lima tahun secara automatik.

Pada hari yang sama dia dipecat, pihak pendakwaraya mengumumkan dakwaan rasuah yang memungkinkan Yingluck merengkok selama berdekad-dekad dalam penjara.

Pakar mengatakan bahawa tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin tertinggi pertama wanita tersebut merupakan cara terbaru oleh para elitis dan tentera untuk menamatkan pengaruh politik keluarga Shinawatra.