Skip to main content

Malaysia

Imigresen tahan 20 warga Filipina di Labuan

JIM LABUAN TAHAN 20 PATI WARGA NEGARA FILIPINA LABUAN, 11 Februari - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan terus komited melaksana tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di pulau ini. Menerusi Operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar 12.30 malam hingga 2.30 pagi tadi, 20 PATI warganegara Filipina ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen.  Kesemua ditahan berumur antara empat bulan hingga 59 tahun...terdiri enam perempuan, tiga lelaki d
Operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi itu dilaksanakan hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Penguatkuasaan. - Foto FB JIM

LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan 20 pendatang tanpa izin dalam serbuan penguatkuasaan di sini, awal pagi tadi. 

Pengarahnya Raymond Entalai berkata operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi itu dilaksanakan hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Penguatkuasaan.

Advertisement

 “Sebanyak 22 pegawai telah digerakkan ke empat kawasan perumahan, melibatkan pemeriksaan ke atas 46 individu. Susulan itu, 20 orang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c)  Akta Imigresen 1059/63,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dewasa, wanita dewasa (6) serta masing-masing kanak-kanak-kanak perempuan (7) dan lelaki (4), kesemuanya warga Filipina berusia antara empat bulan dan 59 tahun 

Raymond berkata dua notis saman telah dikeluarkan ke atas saksi, manakala kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Labuan untuk dokumentasi dan siasatan selanjutnya.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan, menahan, mendakwa dan menghantar pulang warga asing yang melanggar undang-undang imigresen Malaysia termasuk Akta Imigresen 1959/63, Passport Act 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Beliau turut mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap majikan atau individu yang didapati menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin. 

-- BERNAMA

Must Watch Video