Skip to main content

Dunia

Ketua Liga Arab tekankan keperluan pastikan bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak dihalang

Nabil Fahmy juga menyifatkan keterjaminan makanan sebagai komponen penting dalam keselamatan negara Arab. - AP
Nabil Fahmy juga menyifatkan keterjaminan makanan sebagai komponen penting dalam keselamatan negara Arab. - AP
Advertisement

ROM: Ketua Liga Arab pada Jumaat menekankan keperluan memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dilanda genosid tidak dihalang, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Setiausaha Agung Liga Arab Nabil Fahmy berkata demikian ketika berucap pada forum MED Dialogues edisi ke-12 yang sedang berlangsung di Naples, Itali.

Fahmy menyifatkan keterjaminan makanan sebagai komponen penting dalam keselamatan negara Arab, sambil mengetengahkan kesan konflik, pemindahan paksa penduduk, kekurangan air dan gangguan rantaian bekalan.

Advertisement

Beliau menggesa peralihan daripada tindak balas krisis kepada pencegahan krisis dan menegaskan kepentingan memperluas kerjasama antara negara Arab dan Mediterranean bagi menangani risiko gangguan bekalan makanan dan baja serta perkhidmatan perkapalan, bertukar-tukar maklumat serta menyelaraskan usaha mempelbagaikan sumber bekalan dan memastikan kelancaran aliran barangan keperluan asas.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyatakan bahawa isu Palestin kekal menjadi keutamaan Liga Arab dan usaha mencapai keamanan yang adil serta menyeluruh memerlukan penamatan pendudukan serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.

Advertisement

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement