awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat

Bernama
Bernama
21/01/2025
00:45 MYT
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Donald Trump (kanan) memberi tabik hormat semasa beliau dan Naib Presiden J.D. Vance mendengar persembahan lagu kebangsaan semasa upacara pelantikan mereka di Washington, pada Isnin. - Gambar Reuters
LONDON: Ketua NATO, Mark Rutte dan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House, sambil menyatakan harapan untuk memperkukuh hubungan transatlantik, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami akan lonjakkan perbelanjaan dan pengeluaran pertahanan," kata Rutte merujuk kepada desakan Trump agar Eropah mempertingkatkan keupayaan ketenteraannya.
Ucapan tahniah saya kepada @realDonaldTrump. Bersama-sama, kita dapat mencapai keamanan melalui kekuatan - melalui @NATO," kata beliau dalam hantarannya di X.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, blok itu menantikan kerjasama erat dengan Trump.
"Bersama-sama, masyarakat kita dapat mencapai kemakmuran yang lebih besar dan memperkukuh keselamatan bersama. Inilah kekuatan perkongsian transatlantik yang berterusan," katanya menerusi satu hantaran.
Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola turut menyampaikan ucapan tahniah, dengan Metsola menyatakan, "Eropah bersedia untuk bekerjasama sebagai sahabat dan rakan kongsi bagi membentuk dunia yang stabil, penuh peluang, dan harapan."
Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas berkongsi sentimen yang sama dengan berkata: "Bersama-sama, kita lebih kuat dan selamat untuk menangani cabaran global."
Canselor Jerman, Olaf Scholz menyifatkan AS sebagai sekutu paling rapat Jerman, sambil menegaskan bahawa "EU dengan 27 ahli dan lebih 400 juta penduduk adalah sebuah kesatuan yang kukuh."
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyampaikan ucapan tahniah dalam satu mesej video, memberi jaminan bahawa "hubungan istimewa antara United Kingdom (UK) dan AS akan terus berkembang selama bertahun-tahun akan datang."
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris menekankan kepentingan peralihan kuasa secara aman dengan berkata, "Apabila obor demokrasi diserahkan secara damai, saya menyampaikan ucapan selamat kepada Presiden Trump dan rakyat Amerika Syarikat."
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyatakan kesediaannya untuk "memperkukuh hubungan strategik" antara kedua-dua negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Presiden AS ke-47
#kerjasama transatlantik
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan