awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada

Bernama
Bernama
14/03/2025
22:15 MYT
Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Mark Carney pada majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-24 yang berlangsung di Rideau Hall, Ottawa, 14 Mac 2025. (Foto AP)
HAMILTON (Kanada): Ketua Parti Liberal yang baru dipilih, Mark Carney mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-24 pada Jumaat dalam satu upacara rasmi di Rideau Hall, Ottawa, lapor Anadolu Ajansi (AA) .
"Kami adalah kerajaan yang sangat fokus, berorientasikan tindakan," kata Carney kepada pemberita di luar Rideau Hall sebelum upacara angkat sumpah.
Beliau juga berkongsi di platform X: "Hari ini, kami membentuk kerajaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Rakyat Kanada mengharapkan tindakan - dan itulah yang akan pasukan ini sampaikan."
"Kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi kita, dan melindungi masa depan Kanada," katanya.
Perdana Menteri sebelum ini, Justin Trudeau, secara rasmi meletak jawatan pada Jumaat, membubarkan Kabinetnya yang terdiri daripada 37 anggota.
Carney adalah bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England. Beliau juga pernah bekerja di Goldman Sachs dan memainkan peranan penting dalam mengemudi Kanada melalui krisis kewangan 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mark carney
#perdana menteri kanada
#kabinet
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan