awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew letak jawatan

Bernama
Bernama
30/08/2023
14:16 MYT
Ketua Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew letak jawatan
Srikeaw kotakan janji bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu andai parti berkenaan membentuk gabungan dengan parti pro-tentera. - Gambar fail
BANGKOK: Cholnan Srikaew meletak jawatan sebagai ketua Parti Pheu Thai sebagai mengotakan janjinya bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu andai parti berkenaan membentuk gabungan dengan parti pro-tentera.
Parti Pheu Thai yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan memperoleh 141 kerusi, mengetuai kerajaan gabungan 11 parti yang merangkumi dua pesaing yang mempunyai kaitan dengan tentera iaitu Parti Palang Pracharath (PPRP) dan United Thai Nation (UTN).
"Saya telah menyelesaikan tugas membentuk kerajaan pimpinan Parti Pheu Thai.
"Seperti yang saya janjikan, jika Parti Pheu Thai dan kepimpinannya membentuk kerajaan dengan PPRP, saya akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti," katanya pada sidang media di sini pada Rabu, merujuk kepada janji yang dibuatnya pada 28 April semasa kempen pilihan raya.
Parti Pheu Thai terpaksa bergabung dengan kedua-dua parti yang disokong oleh tentera untuk membentuk kerajaan dan menamatkan kemelut politik selepas pilihan raya umum yang diadakan pada 14 Mei lalu.
Cholnan, 62, seorang pakar perubatan dan bekas pengarah hospital di wilayah Nan berkata peletakan jawatannya tidak akan memberi kesan kepada statusnya sebagai Ahli Parlimen.
Cholnan disebut-sebut menjadi pilihan untuk menyandang jawatan sebagai menteri kesihatan.
Timbalan ketua Pheu Thai, Chusak Sirinil, akan mengetuai parti itu, manakala pemilihan pemimpin baharu dan lembaga eksekutif akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pheu Thai
#cholnan srikeaw
#letak jawatan
#gabungan politik
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan