Skip to main content

Dunia

Ketua PBB bimbang peningkatan ketegangan di rantau Teluk

Guterres sekali lagi menegaskan bahawa kembalinya permusuhan berskala penuh akan membawa akibat buruk terhadap penduduk di rantau berkenaan, keamanan dan keselamatan antarabangsa serta ekonomi global. - Gambar fail Reuters
Guterres sekali lagi menegaskan bahawa kembalinya permusuhan berskala penuh akan membawa akibat buruk terhadap penduduk di rantau berkenaan, keamanan dan keselamatan antarabangsa serta ekonomi global. - Gambar fail Reuters
Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan dan konfrontasi ketenteraan yang kembali tercetus di rantau Teluk, menurut jurucakapnya pada Ahad. 

"Ketua PBB menggesa semua pihak supaya menahan diri sepenuhnya, mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan dan mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan. 

“Semua serangan ini mesti dihentikan,” kata jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Advertisement

Kenyataan itu memaklumkan, Setiausaha Agung PBB sekali lagi menegaskan bahawa kembalinya permusuhan berskala penuh akan membawa akibat buruk terhadap penduduk di rantau berkenaan, keamanan dan keselamatan antarabangsa serta ekonomi global.

Beliau turut menegaskan semula keperluan untuk memulihkan sepenuhnya kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

Advertisement

“Setiausaha Agung menggesa Iran dan Amerika Syarikat supaya segera menyambung semula rundingan serta menangani isu yang masih belum diselesaikan menerusi diplomasi,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement