awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan, akibat tekanan AS

Bernama
Bernama
27/08/2020
12:20 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan, akibat tekanan AS
Mayer, bekas eksekutif Disney yang menyertai TikTok pada Mei 2020, ketika ditemui media di New York, 22 Okt, 2019. Gambar fail REUTERS
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Kevin Mayer meletakkan jawatan pada Rabu disebabkan tekanan berterusan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas aplikasi perkongsian video popular itu.
Dalam surat kepada pekerja, Mayer berkata beliau membuat keputusan itu berikutan perubahan dramatik dalam persekitaran politik, lapor agensi berita Xinhua.
Syarikat rangkaian sosial perkongsian video itu pada Isnin mengemukakan tuntutan saman terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump di atas perintah eksekutif yang melarang sebarang transaksi AS dengan syarikat induknya ByteDance.
Sejak tahun lalu, pihak berkuasa AS berulang kali menuduh TikTok berpotensi memberi ancaman terhadap keselamatan negara.
Pegawai AS mendakwa syarikat itu, dimiliki ByteDance yang berpangkalan di Beijing, boleh menyampaikan data yang dikumpulkannya daripada penstriman video oleh penduduk AS ke kerajaan China, satu dakwaan dinafikan TikTok, dengan menyatakan pihaknya tidak pernah diminta berbuat demikian.
"Disebabkan itu, dan seperti yang kami jangka untuk mencapai penyelesaiannya tidak lama lagi, dengan berat hati saya ingin maklumkan kepada semua saya memutuskan untuk meninggalkan syarikat ini," tulisnya dalam surat berkenaan.
Mayer, bekas eksekutif Disney, menyertai TikTok pada Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman keselamatan
#aplikasi
#Beijing
#ByteDance
#CEO
#China
#Donald Trump
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Kevin Mayer
#larangan
#letak jawatan
#perintah eksekutif
#perkongsian video
#perubahan dramatik
#politik
#TikTok
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan