awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua pereka Zara cetus kemarahan, didakwa keluar kenyataan anti-Palestin

Agensi
Agensi
15/06/2021
00:34 MYT
Ketua pereka Zara cetus kemarahan, didakwa keluar kenyataan anti-Palestin
Warganet mengemukakan aduan rasmi kepada Zara namun label tersebut dilapor belum mengambil tindakan. -Foto REUTERS
LABEL fesyen terkemuka Zara menjadi sasaran kemarahan selepas seorang perekanya didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk retorik anti-Palestin.
Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen (wanita) Zara didakwa membuat komen kontroversi itu dalam mesej balasan terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik seorang model.
"Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan hospital dan sekolah yang dibiayai Israel di Gaza," kata Perilman dalam komen kepada Qaher Harhash, seorang model berketurunan Palestin.
"Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin.
"Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel.
"Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya," sambung Perilman.
Perilman bagaimanapun telah memadam akaun Instagramnya dan laman media sosial yang lain selepas kenyataannya itu tersebar.
Berikutan itu, warganet mengemukakan aduan rasmi kepada Zara namun label tersebut belum mengambil tindakan.
Mereka sebaliknya membalas dengan kenyataan umum tentang bagaimana Perilman sudah "meminta maaf" dan ia diterima oleh Harhash.
Topic Berkaitan
#Zara
#Gaza
#Palestin
#Israel
#media sosial
#Vanessa Perilman
#Ketua Pereka Fesyen
#letup hospital
#Qaher Harhash
#model Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan