awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon

Bernama
Bernama
08/12/2024
22:15 MYT
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Dong-hoon (gambar) mengeluarkan kenyataan bersama PM Duck-soo selepas undi terhadap presiden gagal, di ibu pejabat parti PPP di Seoul, Korea Selatan, 8 Dis 2024. - REUTERS
SEOUL: Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-hoon, berikrar pada Ahad untuk meminimumkan kesan daripada pengisytiharan undang-undang tentera Presiden Yoon Suk Yeol yang kontroversi dengan memastikan pengunduran presiden dilakukan secara "awal" dan "teratur," lapor Yonhap.
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
“Melalui pengunduran awal yang teratur, kami akan meminimumkan kekacauan kepada Republik Korea dan rakyatnya, menstabilkan keadaan politik, serta memulihkan demokrasi liberal,” kata Han dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo di ibu pejabat PPP di barat Seoul.
Ketua parti itu menegaskan bahawa majoriti rakyat percaya Yoon perlu berundur kerana tidak dapat mentadbir secara normal bagi baki tempoh pemerintahannya.
Bagi meredakan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan komuniti antarabangsa, beliau berkata Presiden tidak akan terlibat dalam urusan negara, termasuk diplomasi, sebelum pengundurannya.
Han juga berikrar memastikan siasatan tegas dan telus terhadap pergolakan politik yang berlaku, serta akan mengadakan perbincangan berkala dengan Perdana Menteri untuk mencegah sebarang potensi kelompangan dalam pentadbiran urusan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#PPP
#Yoon Suk Yeol
#Han Dong-hoon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan