awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A

Bernama
Bernama
05/02/2026
14:30 MYT
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
Pokok tualang dianggarkan berusia lebih 120 tahun yang menjadi mercu tanda laluan Gua Musang-Kuala Krai terpaksa ditebang bagi memberi laluan pembinaan projek LTU Pakej 2A berhampiran Kampung Sungai Bayu hari ini. - Gambar Bernama
GUA MUSANG: Sebatang pokok tualang dianggarkan berusia lebih 100 tahun dan sekian lama menjadi mercu tanda laluan Gua Musang-Kuala Krai ditebang hari ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A berhampiran Kampung Sungai Bayu di sini.

Ringkasan AI
  • Sebatang pokok tualang berusia lebih 100 tahun di Kampung Sungai Bayu, Gua Musang ditebang hari ini bagi projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A. Tebangan melibatkan lebih 40 petugas dan langkah keselamatan ketat dilaksanakan.
  • Penyelaras projek menyatakan penebangan pokok dilakukan dengan kawalan yang rapi dan trafik di kawasan itu dikawal untuk elak sebarang kejadian. Pokok setinggi 60 meter itu tumbang selepas hampir tiga jam operasi.
  • Penduduk setempat merasai kesan emosi kerana pokok tualang itu menjadi sebahagian dari identiti kampung. Walau bagaimanapun, mereka merelakan tindakan penebangan demi kelancaran pembangunan LTU Pakej 2A untuk manfaat pengguna jalan raya.

Penyelaras Projek LTU Pakej 2A Fizal Irwan Abdul Wahid berkata kerja-kerja penebangan bermula pada 9.15 pagi dan mengambil masa hampir tiga jam, melibatkan lebih 40 petugas terdiri daripada pihak perunding, kontraktor utama dan subkontraktor.
Beliau berkata pokok setinggi kira-kira 60 meter dengan lilitan batang sebesar tiga pemeluk itu ditebang selepas mendapat kebenaran Jabatan Perhutanan kerana kedudukannya berada tepat di jajaran projek LTU 2A.
Fizal Irwan berkata langkah keselamatan rapi dilaksanakan sepanjang operasi berikutan saiz pokok yang besar serta risiko terhadap pekerja dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
"Proses penebangan dilakukan secara terkawal termasuk kawalan aliran trafik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pokok mula tumbang pada 11.46 pagi dan keseluruhan kerja selesai sepenuhnya pada 12.00 tengah hari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Fizal Irwan berkata sisa pokok berkenaan akan diuruskan dan ditanam semula di kawasan berhampiran sebagai langkah pengurusan alam sekitar.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Relai Utara Mohd Sopian Che Seman berkata pokok tualang itu sejak sekian lama menjadi sebahagian identiti Kampung Sungai Bayu.
Beliau berkata walaupun penebangan pokok itu memberi kesan emosi kepada penduduk setempat, langkah itu terpaksa diterima demi kelancaran projek pembangunan jalan berkenaan.
"Pokok ini menjadi penanda kepada pengguna jalan raya bahawa mereka telah tiba di Sungai Bayu. Namun demi pembangunan, kami merelakannya dan berharap projek LTU Pakej 2A dapat disiapkan mengikut jadual bagi memberi manfaat kepada pengguna jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pokok tualang
#alam sekitar
#kesan emosi
#Mercu tanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan