awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel dakwa serangan sasar lokasi pentadbiran utama Tehran
MALAYSIA
Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN
DUNIA
Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Ketua tentera Iran gesa penduduk Haifa, Tel Aviv berpindah, beri amaran serangan balas bakal dilancar

Agensi
Agensi
17/06/2025
23:20 MYT
Ketua tentera Iran gesa penduduk Haifa, Tel Aviv berpindah, beri amaran serangan balas bakal dilancar
Orang ramai berlindung di dalam terowong kereta kabel susulan serangan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel, di Haifa, Israel, pada Selasa. - Gambar Reuters
TEHRAN: Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi menggesa penduduk di bandar Haifa dan Tel Aviv supaya segera berpindah sebagai persediaan menghadapi "serangan balas" yang menurut beliau akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Ketua Turus Tentera Iran, Mejar Jeneral Mousavi gesa penduduk Haifa dan Tel Aviv berpindah segera sebagai persediaan menghadapi serangan balas.
  • Beliau nyatakan serangan terdahulu hanyalah amaran, dan tindakan lebih keras akan dilancarkan tidak lama lagi.
  • Kenyataan itu susulan kematian pegawai kanan dan saintis Iran dalam serangan Israel, yang dianggap pendorong kepada balasan ketenteraan.

Menerusi satu video yang disiarkan oleh media rasmi Iran, Mousavi berkata, operasi ketenteraan sebelum ini hanyalah amaran untuk tujuan pencegahan, namun tindakan yang lebih keras akan menyusul.
"Segala operasi yang dijalankan setakat ini adalah sebagai amaran. Operasi serangan balas akan dilakukan tidak lama lagi," katanya.
Beliau turut merujuk kepada pembunuhan beberapa pegawai kanan tentera, rakyat Iran dan saintis nuklear dalam serangan Israel ke atas Iran minggu lalu sebagai pendorong kepada ketegasan pihak tentera.
"Kematian syahid para komander, rakyat dan saintis kami akan menjadikan pasukan bersenjata lebih berazam untuk melaksanakan arahan balasan ini," tegas Mousavi.
Kenyataan tegas itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Tehran dan Tel Aviv susulan serangan udara Israel yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan di Iran. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#serangan balas Iran
#Israel serang Iran
#kematian syahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami