awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua WHO desak Israel tamatkan kepungan ke atas Hospital Al-Shifa

Bernama
Bernama
24/03/2024
06:30 MYT
Ketua WHO desak Israel tamatkan kepungan ke atas Hospital Al-Shifa
Doktor di hospital terbabit berkata ramai pesakit dalam keadaan kritikal terbaring di atas lantai dan ramai yang tidak mempunyai peneman, bekalan perubatan asas dan ubat-ubatan. - Foto Reuters
AMMAN: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menuntut pasukan pendudukan Israel segera menarik balik kepungan mereka ke atas hospital Al-Shifa di bandar Gaza.
"WHO dan rakan-rakan telah terputusan hubungan dengan petugas kesihatan di hospital Al-Shifa di utara Gaza sejak serbuan berterusan bermula dan kami sedang mendapatkan maklumat mengenai keadaan pesakit, jika mereka menerima rawatan yang diperlukan," lapor agensi berita Jordan (Petra) yang memetik Ghebreyesus dalam hantarannya di akaun X rasminya.
"Mengakses Al-Shifa kini mustahil dan terdapat laporan mengenai pekerja kesihatan ditangkap dan ditahan," kata ketua WHO itu.
"Laporan daripada seorang doktor di Hospital Al-Shifa di utara #Gaza melalui rakan sekerja PBB: - 50 pekerja kesihatan (kebanyakan junior atau sukarelawan) dan 143 pesakit semuanya ditempatkan di dalam satu bangunan sejak hari kedua serbuan, dengan makanan dan air yang sangat terhad serta hanya satu tandas yang tidak berfungsi," kata Ghebreyesus.
Beliau berkata pesakit dalam keadaan kritikal yang ramai terbaring di atas lantai dan ramai yang tidak mempunyai peneman, bekalan perubatan asas dan ubat-ubatan.
"Pekerja kesihatan telah meminta rujukan pesakit segera. Keadaan ini sama sekali tidak berperikemanusiaan. Kami menyeru agar pengepungan dihentikan serta-merta dan merayu akses selamat untuk memastikan pesakit mendapat penjagaan yang mereka perlukan.Gencatan senjata!," kata Ghebreyesus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#desak Israel
#hentikan kepungan
#Al-Shifa
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan