KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025.
MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan.
Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.
Kenyataan itu menyebut Mahkamah Tinggi UK telah bersetuju dengan skim pengaturan di bawah bahagian 26 Akta Syarikat UK 2006, antara entiti penyewaan MAG MAB Leasing Ltd dan sebahagian besar pesawat MAG yang beroperasi sebagai pemajak hari ini.
Penstrukturan itu merupakan langkah penting buat Malaysia Airlines yang kini berdepan tekanan kewangan akibat kos operasi tinggi, tenaga kerja besar selain kesan sekatan perjalanan akibat COVID-19.
Kerja-kerja penstrukturan semula kewangan itu yang diharapkan selesai pada awal bulan Mac, melibatkan semua pihak berkepentingan utama MAG sebagai mencapai perjanjian dua hala bersama pemberi pinjaman lain seperti pembiayaan dan pengeluar pesawat.
Elemen utama penstrukturan semula termasuk pemotongan rangkaian, penjimatan kos struktur, pemuliharaan tunai dan inisiatif penangguhan pembayaran.
Tambah MAG, ia diterjemahkan kepada sejumlah RM5.5 bilion pada tahun 2020 dan sasaran RM397 juta untuk suku pertama 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail, visi jangka panjang MAG adalah untuk menjadikan syarikat itu sebagai kumpulan pelancongan global yang terkemuka.
Jelasnya, pihaknya akan berusaha untuk meluaskan penglibatan MAG ke dalam produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan perjalanan di luar penerbangan, yang akan membantu pelanggan melengkapkan pengalaman perjalanan mereka dari satu tempat ke satu tempat.
Kelebihan kedudukan geografi, pengiktirafan anugerah, ditambah dengan keistimewaan Malaysian Hospitality (MH) sedikit sebanyak akan membantu mempelbagaikan aliran pendapatan dengan meminimumkan keperluan untuk bergantung kepada industri perjalanan udara yang sangat kompetitif.
BACA: Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari
Terdahulu, pemajak pesawat milik Malaysia Airlines telah menjalankan undian bagi menentukan sama ada skim penstrukturan syarikat itu boleh dijalankan atau sebaliknya.
Pemajak pesawat merupakan antara 40 pemberi pinjaman kepada Malaysia Airlines melibatkan nilai RM16 bilion.
Malaysia Airlines memerlukan kelulusan pemberi pinjaman untuk meneruskan penstrukturan tersebut yang mana pemajak pesawat merangkumi 75 peratus hutang syarikat.
MAG yang mengesahkan tarikh undian tersebut, berdasarkan laporan The Edge Weekly, berkata pemberi pinjaman telah dibahagikan kepada tujuh kelas dan syarikat hanya membawa kumpulan pemajak pesawat ke mahkamah di Britain untuk tujuan persetujuan penstrukturan.
Pada Januari, MAG berkata ia telah menerima kebenaran mahkamah untuk meneruskan mensyuarat tersebut, yang mana keputusan akan dilaporkan kepada mahkamah pada sesi pendengaran 22 Februari iaitu hari ini.
Faris Danial Razi
Mon Feb 22 2021

Mahkamah Tinggi United Kingdom pada Isnin memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion. - Bernama

Sukan Olimpik Los Angeles hasrat tawarkan perkhidmatan teksi terbang
Archer Aviation ingin menggunakan teksi terbang Midnight mereka untuk membawa VIP, peminat dan juga atlet ke venue ketika acara berlangsung tiga tahun daripada sekarang.

1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara
Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan PDRM di sekitar ibu negara, malam tadi.

OpenAI perkenal Codex - Agen AI dioptimasi untuk tugasan pengaturcaraan
OpenAI Perkenal Codex Agen AI Yang Dioptimasikan Untuk Tugasan Pengaturcaraan

Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza
Kenyataan ini dikeluarkan selepas kecaman terhadap kontrak $133 juta Microsoft dengan Israel.

Elisya Sandha selamat lahirkan anak kedua, beri nama ‘Bahtera Elhaq’
Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar pertama Elisya bersama bayinya di wad bersalin.

Gempa bumi sederhana landa Panay, Filipina
Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gempa ini.

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah
Projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu.

Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas presiden Morales
Bagaimanapun, Hassenteufel menjelaskan kebenaran untuk Morales bertanding akan bergantung pada penilaian berikutnya oleh TSE.

Israel lancar serangan ke atas dua pelabuhan di Yaman
Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah menjatuhkan lebih 30 peluru berpandu ke atas sasaran di kedua-dua pelabuhan tersebut.

APMM tumpas cubaan seludup 425kg minyak masak di Sandakan
APMM menggagalkan cubaan menyeludup 425 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam operasi di perairan berdekatan Kampung Sundang Laut.

Kes HFMD di Kelantan meningkat lebih tiga kali ganda
Kes HFMD mencatatkan peningkatan ketara di Kelantan, selepas 8,801 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 tahun ini, berbanding hanya 2,348 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Mei 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Mei 2025.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan terus ke Brisbane bermula November
Malaysia Airlines Bhd mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane, ibu negeri Queensland, Australia mulai 29 Nov ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 April 2025.

MAS pantau kesan pengumuman tarif AS terhadap ekonomi Singapura
MAS sedang memantau rapat perkembangan semasa dan menilai implikasi terhadap ekonomi Singapura susulan pengumuman tarif terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Malaysia Airlines beri amaran akaun khidmat pelanggan palsu di laman media sosial
Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial.

British Airways, Malaysia Airlines perluas perkongsian kod, teruskan semula laluan Heathrow-KLIA
British Airways bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memperluaskan perjanjian perkongsian kod mereka dengan menawarkan kepada pengembara lebih banyak pilihan perjalanan ke Eropah.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.