awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
13/06/2024
03:38 MYT
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Hari Arafah, atau turut disebut sebagai Hari Wukuf, merupakan kemuncak ibadah haji buat umat Islam yang menunaikannya. -Gambar fail/Reuters
MEKAH: Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pada Rabu bahawa khutbah Arafah bakal diterjemahkan dalam 50 bahasa.
Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa insiatif yang diterajui oleh Penjaga Dua Masjid Suci iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud adalah projek seumpamanya yang terbesar di dunia.
Projek penterjemahan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Lonjakan daripada lima kepada 50 bahasa penterjemahan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan Saudi untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan nilai Islam secara global.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion akan mengikutinya
Pada Ahad lalu, Majlis Pengerusi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjangkakan lebih 1 bilion pendengar dan penonton akan mengikuti khutbah Arafah tahun ini.
Ini merupakan peluang terbaik untuk memupuk pemahaman yang lebih baik mengenai Islam dan mempromosikan mesej keamanan menerusi khutbah Jumaat.
Hari Arafah, atau turut disebut sebagai Hari Wukuf, merupakan kemuncak ibadah haji buat umat Islam yang menunaikannya.
Topic Berkaitan
#khutbah Arafah
#Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
#terjemah dalam 50 bahasa
#Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan